"1000 kebaikan belum tentu
dapat memadamkan 1 keburukan"
Inilah ungkapan yang memberi seribu makna dan hikmah kepada manusia yang berfikir. Baik hari ini, esok, lusa dan
seterusnya kepincangan ini sentiasa berlaku di sekeliling kita jika belum ada usaha untuk merawat dan dirawat. Sampai bila keburukan
dan keaiban orang lain terus menerus dijaja menjadi saham yang mengalir hingga ke neraka? Segelintir kita suka dan
cenderung memandang keburukan sedangkan banyak kebaikan yang ada dilupakan. Keburukan terus memadamkan kebaikan seseorang. Jaga lisan, jaga perbuatan, jaga
segala-galanya. Bawalah QALBU ini untuk Allah dan kembalilah pada-Nya.
انظر إلى عيوبك قبل أن تنظر إلى عيوب الناس
"Pandanglah keaiban diri kamu
terlebih dahulu sebelum kamu memandang keaiban orang lain."
Daripada Abu al-Darda' r.a Nabi
s.a.w bersabda:
من ردّ عن عرض أخيه بالغيب ردّ الله عن وجهه النّار
يوم القيامة
Maksudnya: "Sesiapa yg
mempertahankan kehormatan dan maruah saudaranya ketika ketiadaannya nescaya
Allah akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."
(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi
1931 dan menganggapnya hasan)
Begitulah Islam menyeru agar
mempertahankan kesucian dan maruah, bukan menjadi agen penyebar fitnah, celupar
mengajak pada keburukan. Lebih-lebih lagi perkara yg tiada pasti kebenarannya
dan tidak ada asalnya.
Demikian akibatnya, manusia yang
suka menyebarkan aib dan menjatuhkan maruah seseorang maka Allah juga akan membuka aibnya. Allah kirimkan
neraka sebagai balasan. Bahkan, menurut riwayat hadis yang sahih menyebut,
mereka yg suka memaki hamun, mengaibkan saudaranya akan tergolong dikalangan
orang yang MUFLIS di akhirat, sehingga
segala solat dan amalan kebaikannya selama ini tidak dapat menyokong dan menangkis
kemuflisannya kelak.
Bismillahirrahmanirrahiim...
Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan fitnah, kuncinya fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.
Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).
1 – Mazhab Hanafi: menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.
Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yg keras”.(tafsir al-jashash 3/393)
Sebahagian fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.
2 – Mazhab Syafie dan lain-lain berpendapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)
Melihat zahirnya pada pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang meriwayatkan hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.
Ibnu Kathir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.
Syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yang boleh membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32).
Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam Syeikh Ali As-Shobuni, Mu’jam Asasi.
Dirimu Rasulullah..
Pembawa naungan rahmat
Terang benderang alam
Disuluhi nur kenabian
Di bawah sinaran sulukMu
Jua sapaan barakahMu
Dirimu Rasulullah..
AkhlakMu setulus budi
Bak angin bertiup lembut
Mengusik helaian kehidupan
Terpancar pelangi qudwah
Dambaan penawar insan
Dirimu Rasulullah..
Terpancar alunan rahmat
Bersaksikan Rabi’ul Awwal
Permulaan daN pengakhiran
Seruan gelombang perjuangan
Sahutan amanah Allah
Demi sebuah kehidupan
Dirimu Rasulullah..
Peneraju kemudi ummah
Manis, pahit dan pengorbanan
Asam garam kehidupan
Dulu, Kini, dan Selamanya
Atas nama perjuangan
Panji kebesaran Ilahi
Terpacak indah
Demi janji indah
Meniti jarum kehidupan
Pahit ditelan
Namun Manis di akhirnya
Puisi ini ditujukan khas untuk Rasulullah sempena bulan Rabiul Awwal. Nahnu Fidaka Ya Rasulullah. Sanah Helwah Ya Rasulullah...
Nukilan oleh:
Wan Hakimin B Wan Mohd Nor,
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin,
Fakulti Syariah, Universiti Mu'tah
The Hashimate Kingdom Of Jordan.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….
Bercinta tidak salah, tetapi mesti disalurkan dengan cara yang betul
Entri kali ini ana ingin berkongsi berkaitan Hari Kekasih ataupun dikenali sebagai Valentine's Day. Jadi, memandangkan sudah masuknya bulan Februari semacam menjadi lumrah bagi remaja Islam masa kini setiap kali tibanya 14hb. Februari setiap tahun, mereka akan menyambut perayaan Valentine's Day. Tanpa mengetahui kedudukan sebenar dan fakta sejarah tentang Valentine's Day mereka semacam hanyut bersama arus kejahilan seolah-olah ada sesuatu yang kurang dalam Islam sehingga terpaksa mengimport perayaan dari luar Islam untuk dirayakan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:
"Pada hari ini (haji wida') Aku telah sempurnakan agama untuk kamu agama kamu (Islam) dan Aku telah cukupkan ke atas kamu nikmat Aku dan Aku telah redha Islam sebagai al-Din untuk kamu semua Islam." ~ Surah al-Maaidah~
Di dalam Islam sudah lengkap perayaan-perayaan terbesar yang perlu disambut kerana ianya adalah satu ibadah seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha sebagai ganti kepada dua perayaan terbesar masyarakat Jahiliyyah ketika Baginda dan para sahabat mula-mula sampai di Yathrib (Kota Madinah). Malah ada perayaan-perayaan lain juga dalam Islam yang disambut oleh para Ulama seperti Hijrah, Maulidul-Rasul, Isra' Mi'raj, Nisfu Syaa'ban, Nuzul Quran dan lain-lain lagi sebagai memperingati sejarah-sejarah tertentu yang menandakan kebesaran Islam.
Namun dalam arus globalisasi kini, dakyah Kristianisasi juga semakin hebat melanda remaja Islam sehingga mereka kehilangan jati diri dan tidak dapat membezakan yang mana satu agama mereka dan yang mana satu dakyah Kristian. Akibat daripada sifat suka mengikut-ngikut (taqlid membabi buta) tanpa diasaskan kepada ilmu pengetahuan maka kehidupan remaja Islam nampaknya tidak lagi beridentitikan Islam. Salah satunya ialah perayaan yang mereka sambut yang bernama Valentine's Day.
Untuk makluman, Valentine adalah seorang paderi semasa pemerintahan seorang Maharaja sekitar tahun 270 AD yang bernama Maharaja Claudius II. Semasa pemerintahannya, Maharaja ini mengharamkan pemuda-pemudanya daripada berkahwin serta mengarahkan mereka menjadi tentera kepada negara. Paderi Valentine menyedari perintah Maharaja itu tidak adil lalu beliau telah bertindak mengahwinkan beberapa pasangan muda-mudi secara rahsia. Tindakan beliau ini akhirnya dapat dihidu oleh Maharaja Claudius dan beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh.
Semasa berada dalam penjara, Paderi Valentine telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang selalu merawatnya. Dan Paderi Valentine telah menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut sebelum dia dihukum bunuh iaitu "From Your Valentine" yang digunakan sehingga kini dalam bentuk kad-kad bagi merayakan hari Memperingati Kekasih. Justeru itu, sebagai mengenang Paderi St Valentine, maka pada tahun 498 AD Pop Gelasius telah mengisytiharkan 14hb. Februari sebagai Hari Memperingati St Valentine.
Oleh itu umat Islam amat tidak wajar sekali menyambut perayaan ini kerana ianya merupakan satu perayaan yang diasaskan oleh gereja Kristian yang lahir daripada idea seorang Paderi yang bernama Pop Gelasius demi memperingati kematian seorang Paderi lain yang bernama St. Valentine. Islam sudah sempurna dan sudah cukup dalam Islam beberapa perayaan untuk disambut kerana sambutan-sambutan ini ada kaitan dengan kebesaran Allah, keagungan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga ada kaitan dengan keunggulan Islam itu sendiri sebagai al-Din.
Seandainya Baginda Rasulullah s.a.w. mengizinkan umatnya menyambut perayaan agama lain sudah tentu Baginda tidak menggantikan dua perayaan terbesar Jahiliyyah sewaktu tiba di Kota Madinah dengan dua perayaan lain yang telahpun diperkenan oleh Allah s.w.t. iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Mudah-mudahan kehidupan kita semua sentiasa atas landasan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w.