Teman Seakidah Anda

Wednesday, May 9, 2012

"1000 kebaikan belum tentu dapat memadamkan 1 keburukan"


"1000 kebaikan belum tentu dapat memadamkan 1 keburukan"

Inilah ungkapan yang memberi seribu makna dan hikmah kepada manusia yang berfikir. Baik hari ini, esok, lusa dan seterusnya kepincangan ini sentiasa berlaku di sekeliling kita jika belum ada usaha untuk merawat dan dirawat. Sampai bila keburukan dan keaiban orang lain terus menerus dijaja menjadi saham yang mengalir hingga ke neraka? Segelintir kita suka dan cenderung memandang keburukan sedangkan banyak kebaikan yang ada dilupakan. Keburukan terus memadamkan kebaikan seseorang. Jaga lisan, jaga perbuatan, jaga segala-galanya. Bawalah QALBU ini untuk Allah dan kembalilah  pada-Nya.

انظر إلى عيوبك قبل أن تنظر إلى عيوب الناس


"Pandanglah keaiban diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu memandang keaiban orang lain."



Daripada Abu al-Darda' r.a Nabi s.a.w bersabda:

من ردّ عن عرض أخيه بالغيب ردّ الله عن وجهه النّار يوم القيامة

Maksudnya: "Sesiapa yg mempertahankan kehormatan dan maruah saudaranya ketika ketiadaannya nescaya Allah akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."

(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi 1931 dan menganggapnya hasan)




Begitulah Islam menyeru agar mempertahankan kesucian dan maruah, bukan menjadi agen penyebar fitnah, celupar mengajak pada keburukan. Lebih-lebih lagi perkara yg tiada pasti kebenarannya dan tidak ada asalnya.

Demikian akibatnya, manusia yang suka menyebarkan aib dan menjatuhkan maruah seseorang maka Allah  juga akan membuka aibnya. Allah kirimkan neraka sebagai balasan. Bahkan, menurut riwayat hadis yang sahih menyebut, mereka yg suka memaki hamun, mengaibkan saudaranya akan tergolong dikalangan orang yang MUFLIS di akhirat, sehingga segala solat dan amalan kebaikannya selama ini tidak dapat menyokong dan menangkis kemuflisannya kelak.   


[Nota 'diri' dan 'kalian' agar berbaik sangka]

Monday, January 30, 2012

Suara Perempuan: antara aurat atau tidak



Bismillahirrahmanirrahiim...

Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan fitnah, kuncinya fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.

Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).

1 – Mazhab Hanafi: menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.

Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yg keras”.(tafsir al-jashash 3/393)

Sebahagian fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.

2 – Mazhab Syafie dan lain-lain berpendapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)

Melihat zahirnya pada pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang meriwayatkan hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

Ibnu Kathir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.

Syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yang boleh membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32).

Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam Syeikh Ali As-Shobuni, Mu’jam Asasi.