Salamku pautan utk ikhwah dan akhawat..
Hari ini genaplah tahun hijrah yg lalu, hari yang berlalu takkan berundur lagi, hari yang bakal berlaku perlu diteruskan dengan pasakkan azam dan tekad yang baru, sentiasalah tajdidkan niat. Hari ini, aku sudah memasuki gerbang tahun baru 1431 Hijriah, iaitu awal Muharram detik permulaan. Hari ini juga aku berkesempatan menulis seusai aku liqa' bersama rakan-rakan usrah dengan kata manjanya di panggil "Tour De Ilmi (TDI)" walaupun terpaksa mencuri masa dan mengais2 utk di catatkan dalam blog ini.
Aku bimbang...aku bimbang...runsing...Terngiang-ngiang dlm hatiku satu persoalan, adakah berlalu umur dan usiaku tetapi amalanku tidak bertambah??. Ketahuilah, Iman itu adakala bertambah, menaik mendadak, dan adakalanya menurun dengan sebab maksiat. Puncanya kita. Antibiotiknya perlu dibentengi dengan nilai taqwa maka akan berhargalah nilai diri seperti emas dengan adanya taqwa.
Mafhum sabda Rasulullah SAW:
“Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.”~Ibnu Mas'ud
Tahun Hijriah ini mengingatkan aku tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW, para sahabat, dan umat Islam yang berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Mereka mengorbankan roh dan jasad demi utk kemaslahatan Islam. Iman mereka terhadap kebenaran begitu teguh dan kental sehingga tidak mampu digugat dengan kemewahan, kesenangan dan pesona dunia.
Semoga kita sama-sama mengbumikan konsep hijrah ini dalam kehidupan kita, hijrah bukanlah bermakna 'perpindahan' semata-semata tetapi mempunyai makna mendalam, meluas dan tersirat. Hijrah dari kacamata kita perlulah berhijrah ke arah pembaikan, pengislahan dari segi akhlak, cara hidup dan sebagainya. Pasakkan hidupmu kerana Allah. Salam Ma'al Hijrah utk semua.
terimalah..
KEMBARA HIJRAH
Merentasi terik sang mentari
Dari kejahilan
Menuju kejayaan
Bagi membina sinar gemerlapan
Cahaya agama yang kian pudar
Rasulullah
Penggerak ummah berjaya
Jasanya bagaikan mutiara
Yang menerangi seluruh alam maya
Negara maju matlamat kita
Bersatu padu mencapai cita
Al-Quran Sunnah teras utama
Unggulnya iman kelak berjaya
Pemuda pemudi tiang negara
Tuntutlah ilmu asahlah minda
Pimpin negara rajin berusaha
Akhlak yang mulia disayangi semua
No comments:
Post a Comment