Teman Seakidah Anda

Tuesday, June 9, 2009

Saya Sayang Ibu!!!!


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas
yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh Si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Sudah Dibayar."


Monday, June 1, 2009

kami pejuang Islam...Menyahut seruan tuhan....berjuang penuh semangat
dari kami...Pejuang Islam.



Kematian!!! bagaimana menghadapinya??

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya ."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan menjawab azan, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Cuba disiplinkan diri anda. Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Ya rabbal a'lamin.."

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

bolehkah kau kirim wang

Sutra Maya Indah: Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Sutra Maya Indah: Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......









Salamun Salaam.....(^_^)


Alhamdulillah...da lama ana x mnjelma...Kini, dlm ksmpatan n keterbatasan msa yg ada ana cba berkngsi cerita n pnglman dgn antum smua...Hehe.

Segala puji bgi Allah, serta selawat n salam utk Nabi Muhammad saw serta para shbatnya...

Inilah sifat kasih sayang n rahmat Allah trhdap hambaNya yg sntiasa mncurahkn plbgai mcm nikmat.....trutamanya nikmat hdup Islam sbg cara hidup....Ya Ilahi Anta Maksudi...Syukur.

Sblum ana brsama antum brkongsi sesuatu, ana mnyeru n mngjak antum brsama sy kita sama2 melebarkan sayap senyuman agar hdup kita dlm keadaan ceria sllu.. Yg pasti senyuman dpt membangkitkn bahagia org di sekeliling kita..Percya atau X???? Cubalah menukilkan chya senyuman,,,pasti sluruh alam akn berbhagia(^_^)..Wahh Hebatnya...

Tepuk2 Semangat!!....

Itulah kalimah yg sering ana lfazkn ketika bersma ank2 murid kesyngan..Wah,, I'm so happy ketika tu(^_^).. Kalimah inilah yg ana sering gnakan sbg bntuan mngjr utk mningkatkan 'ROH2' Syabab n Fatayat dlm berjuang (Antumlah wira2 bertaraf dunia akhirat)....Bljr itu fi Sabilillah...maksud sabda Rasulullah: "Sesiapa yg keluar utk menuntut ilmu maka ia berada di jalan Allah."

Wah, inilah kelebihan org mnuntut ilmu, org yg bljr mpunyai byk kelebihan n dpt bnyk mnfaat dan diangkat darjat di sisi Allah....bila bljr sdah tentu akn mndpt ilmu,,,Kena ingat tau!! Org berilmu x sama dgn org yg x berilmu...Mau jdi org berilmu, maka belajarlh!!

Tanggal 1 April 2009, prtama kali mnjejakkan kaki sbg 'Guru' di Sekolah Rendah Islam Sri al-Amin, Bangi...N itulah pertma kali ana mengutip pglmn sbg guru stlh brp lma ana bershja...

Bila mnyebut prktaan 'guru' sdh pasti pndangan n persepsi msyrkat terhdap Guru begitu tinggi hrpan n tggjwab yg dipundakkan ke atas seorg guru...

Yelah tugas mentarbiyah manusia bknlah satu tugas yg mudah n remeh temeh...Nak mengukirkan sebuah gmbar di atas batu memerlukn tempoh msa....

Ana teringt kisah prjuangan Rasulullah dlm mntarbiyah msyrkt suatu ketika dhulu mngmbil satu tmpoh msa yg lma slma 23 tahun demi mnegakkan kalimah syahadat 'La Ilaha Illa Allah'...Namun, apa yg penting????...Kesabaran...Yup, kesbaran itu trlebih penting.... Maka, di sana bermulalah dri sekecil2 prkra hngga sebesar2 prkra..mmm...

Byk khibrah(pnglman) n istifadhahnya(pengajaran).

Sistem ataupun adat yg diamlkan dlm suasna al-Amin, prkataan 'Guru' dipanggil Muallim (guru lelaki) atau Muallimah (guru perempuan)..Pd mulanya, ana btol2 kekok n segan, sbb ana biasa mnggunakn gelaran Ustaz berbanding prktaan Muallim n Muallimah..Apa2 pon kita cuba resepi bru..Blum cuba belum taw..

Di sana, ana diamanahkn utk mngjar subjek bhasa SyurgA iaitu b.Arab... mmg kna dgn citersa ana..Wah, di smping tu bleh pertingktkn thap penguasaan bhsa, wlaupun skit2..Kata org "skit2 lma2 jdi bukit." Apabila nk mengajar suda tentu kna bljar dlu bgi faham btol2, mknanya profession sbgi guru prlu ad persediaan..Klu xde prsdiaan, silap2 nnti jdi guru atau muallim mngjar ajran sesat pla...Kih3!!! (senyum sopan)...

Satu Dugaan yg ckup mencbar bg ana, bila digelar sbg guru kita akn berhdapan dgn plbgai karenah ank2 murid...mcm2 ada woo...yg nakal, gaduh2, samseng kampung dusun n sbginya...Mgkin diorg x sedar bhwa dunia ni milik Allah yg punya, Dia lbih samseng...Itu, terpulng pda kebijksnaan kita dlm mnyelesikn mslh..He3..Lbih2 lgi mcm ana memegang jwtan guru Disiplin...mcm2 mslh yg ana dh jmpa...

Ingat! disiplin itu pnting...Apa yg penting?? berdisiplin..Org yg ingin berjaya dlm hdup mst ada disiplin..Disiplin! Disiplin! n Disiplin asas kejyaan..

Ok, insyaallah klu ada msa ana smbung lgii..he3..
Wa ilal Liqa'....