Teman Seakidah Anda

Friday, January 29, 2010

Kubur: Sengsara atau Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim..

 

 "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan." (al-A'raaf: 34)


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah, itu mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Monday, January 4, 2010

Forgive Me Ya Allah






Pancaindera kurniaan Allah adlah potensi anda. Nikmat kurniaan Allah.
Jagalah potensi yg ada dgn sebaik mungkin. Tanpa potensi gerakan anda
akan terbatas. Bersyukurlah dengan apa yg ada. Nilah antara video yg pernah
ditayangkan kpd peserta semasa ana mengendalikan program motivasi..
Peringatan untuk orang yang celik. Video ni cukup berkesan kalau betol2
di hayati. Hakikatnya, Potensi di tangan anda!Apa lagi?? Anda mampu
mengubah dunia!!




BILA PEPERIKSAAN MENGHAMPIRI GERBANGNYA


Bismillahirrahmanirrahim..


Mahu tak mahu ujian tetap datang menghampiri baik dari belakang, depan mahupun dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi, kehidupan orang belajar tidak lari dari peperiksaan malah menjadi adat. Ini kerana ia sebati menjadi ukuran tahap penilaian seseorang terhadap pemahaman dan kematangan ilmu yang dimiliki. Tujuan kita di ciptakan Allah untuk di uji begitu juga kehidupan pelajar tidak putus di uji. Jadi, sudah tentu setiap pelajar memerlukan mujahadah yg tinggi menggunung.

Sistem imtihan ini dilihat begitu penting serta menjadi amalan turun menurun. Buktinya, mana2 institusi pengajian kebanyakkannya melaksanakan sistem ini kerana hasilnya yg subur dlm perkembangan tamadun ilmu. Mengikut kefahaman yang dipelajari dlm subjek Mabadi' Tarbiah (Pengenalan Pendidikan), tamadun Cina lebih terdahulu menggunakan sistem peperiksaan dan mereka cukup menekankan tahap penguasaan ilmu berdasarkan peperiksaan. Kesannya kita melihat ramai golongan ilmuwan yang lahir dari bangsa mereka.

Study Smart atau Study Hard?. Buat sahabat sekalian, bila tiba musim imtihan, kebijaksaan anda adalah diutamakan. Anda gunakan kebijaksaan anda merancang, menilai, mentafsir dan kemahiran berfikir dengan sebaiknya. Belajar itu untuk membina daya fikir ke arah melahirkan generasi intelektual.

Buat sahabat2 sekalian, secara khususnya sahabat di Mu'tah dan umumnya di mana-mana saja. Nasihatku utk bersama. Semoga selamat dalam menghadapi peperiksaan. Sepanjang imtihan, anda haruslah thabat, istiqamah dan sentiasa bermujahadah. Bahkan kesungguhan yg ada pd musim imtihan mestilah berterusan, bukan hnya pd musimnya saja. Bersungguh dlm segala perkara. Imtihan tetap imtihan. Jangan diabaikan tanggungjawab dengan alasan anda berimtihan. Jangan dek imtihan anda lupa akan org lain, taklifan, kefarduan dan isu yg berlaku di sekeliling. Ahli ilmu tidak sama dengan org tidak berilmu. Saya bagi contoh, masuk tandas juga perlukan ilmu kerana tanpa landasannya anda tidak tahu menggunakan tandas dengan betul. Jatuh bangun sebuah tamadun adalah bergantung pada ilmu.

Bila tiba musim imtihan, anda akan tergesa-gesa untuk ulangkaji, belajar, membaca dan sebagainya. Begitulah adatnya bila imtihan berkunjung. Kadang2 perasaan malas datang lalu membatasi kerajinan. Maka sikap malas akan bermaharajalela bertindak menguasai diri. Sebenarnya itulah langkah dan tipu daya syaitan yang tidak suka melihat manusia senang, dan untung. Dengan kata sarihnya anda perlu menolak jauh sikap tersebut. Kejayaan sesekali tidak akan hidup bersama orang yg malas.

"Tujuan yang besar memberikan hasil yang besar. Tidak ada tujuan tidak ada hasil apapun, atau menghasilkan tujuan orang lain."

"Ingatlah bahawasanya kita adalah makhluk ciptaan Allah, maka kita tertakluk kepada-Nya. Sebagai sekadar hamba, ikutilah aturan-Nya. Kita tidak punya kudrat untuk memastikan 100% kejayaan walaupun dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu. Jika Allah tidak mengkehendaki kita untuk berjaya pada peperiksaan kali ini, maka itulah takdir yang di sebaliknya pasti ada hikmah dan mungkin jua rahmat yang tersembunyi."

Salam Imtihan utk semua. Kejayaan pasti milik anda.


"Anda Mampu Mengubahnya"