Teman Seakidah Anda

Tuesday, December 29, 2009

MAKANAN SYUBHAH MEMBINASAKAN AKIDAH

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..

Entri kali ini ingin saya berkongsi dengan anda tentang pemakanan kerana saya tertarik dan terkesan dgn satu ceramah berkaitan pemakanan syubhah membinasakan akidah. Ahli panelnya tidak lain dan tidak bukan Ust Ahmad Tajuddin, merupakan tetamu yang datang jauh dari Malaysia dlm rangka gerak kerjanya ke Mesir.

Baiklah, seperti sediamaklum, makanan merupakan merupakan perkara asasi dlm kehidupan. Islam menyuruh kita makan dari benda yang halal dan baik2 saja kerana pemakanan yang baik akan menumbuhkan kesan yang baik, membentuk insan yang soleh. Bukanlah larangan Islam itu cuba mengongkong, tetapi dlm larangan tersebut terkandung hikmah besar, kemaslahatan yg kemungkinan besar kita tidak mengetahui apa hikmahnya. Soal pemakanan syubhah dan haram sudah mnjadi tabiat remeh temeh dlm masyarakat dan sukar utk ditinggalkan malah menjadi kebiasaan.

Kesan pemakanan yg syubhah dan haram itu memberi impak besar dlm kehidupan kita sehinggalah mnyebabkan doa kita terhijab antara penyebab doa tidak dimakbulkan dan menjadi hijab hubungan hamba dgn tuhannya, penyebab utama akal tidak teransang dengan baik dan aktif. Inilah punca2nya. Bagaimana nk cemerlang dlm belajar sedangkan soal pemakanan tidak dimanfaatkan dan tidak dijaga.

Sabda Rasulullah:

كل لحم من نبات الحرام فالنار أولى به

"Setiap daging yang tumbuh dari benih yang Haram maka Neraka paling utama dengannya."


عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما قـال: سمعـت رسـول الله صلي الله عـليه وسلم يقول: إن الحلال بين وإن الحـرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ألا وهي الـقـلب

"Dari Abdullah Al-Nu'man bin Basyir radiyallahu anhuma katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya yang halal itu nyata(terang) , dan yang haram juga itu nyata(terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala perkara yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran(syubhat) jatuhlah dia ke dalam perkara yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat ternakannya untuk makan di dalamnya. Ketahuilah ! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah ! Bahawa larangan Allah ialah segala perkara yang haram. Ketahuilah bahawa di dalam badan, ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah sekaliannya. Ketahuilah, itulah yang dinamakan hati!

Ulamak2 terdahulu cukup menekankan soal pemakanan serta membuang jauh2 dari sesuatu yg syubhah. Bagi mereka, pemakanan syubhah memberi kesan dlm menuntut ilmu kerana ilmu tidak akan bersatu dengan maksiat. Ilmu itu cahaya. Adalah paling utama meninggalkan syubhah kerana yg syubhah itu lebih hampir dan jatuh kepada haram.

Hari ini agaknnya sudah berapa kali agaknya kita termakan benda2 yang di larang??mungkin secara langsung atau secara tidak langsung. Hasil kajian oleh golongan yg 'sedar' boleh dikatakan setiap benda baik pemakanan, pakaian, ubat gigi, pinggan mangkuk dan sekeliling hidup kita kesemuanya boleh dikaitkan dengan babi. Sekarang ni babi di mana2 saja. Jangan katakan saja di kandang, bahkan lebih dari itu. Mungkin dlm badan kita sudah sebati sebagai darah daging.

Inilah kerja musuh2 Islam, dakyah mereka secara halus mengekori langkah syaitan laknatullah, tanpa disedari dan tidak berjejak. Inilah dia protokol yahudi yg merancang mnguasai ekonomi dunia. Mereka mngembangkan sayap ekonomi utk mnguasai dunia. Banyak barang2 yg di hasilkan mereka kini mnjadi darah daging kita sehingga mudah tunduk dan dipijak-pijak mereka malahan taraf kita teramat hina dan jijik menjadi pelahap, tamak, zalim, keras kepala dan sebagainya.

Kalau dilihat punca kejatuhan tamadun khilafah 'Abbasiyyah adalah kerana tidak mengambil berat dalam soal pemakanan sehingga pada suatu ketika org yahudi diupah menjadi tukang masak Istana dengan mengotorkan makanan khalifah. Makanan yg cukup indah mampu meruntuhkan segala-segalanya sehingga tidak mampu membenteng iman bahkan kalau yang sedap mampu menggubal dan merubah hukum Allah. Kuasa di jari anda.

Nak makan tak salah, tetapi mesti berpada-pada dan tidak berlebihan. Dalam memilih pemakanan, sesorang perlu bijak kerana yg hidup tetap hidup tetapi bagaimana kebijaksaan menghadapi kehidupan sebagai langkah terbaik. Dunia tetap berjalan. Seandainya soal halal haram menjadi mainan remeh temeh maka neraka terlebih sesuai dengan saiz badannya sebaliknya bauan syurga di bawa arus begitu saja sehingga terus hanyut. Anda mampu mengubahnya. Wallahu'alam.

Thursday, December 17, 2009

Berhijrah....Berhijrah....

Salam Kembara Hijrah 1431 Hijriah, Salam Mahabbah Semanis Madu...

Salamku pautan utk ikhwah dan akhawat..

Hari ini genaplah tahun hijrah yg lalu, hari yang berlalu takkan berundur lagi, hari yang bakal berlaku perlu diteruskan dengan pasakkan azam dan tekad yang baru, sentiasalah tajdidkan niat. Hari ini, aku sudah memasuki gerbang tahun baru 1431 Hijriah, iaitu awal Muharram detik permulaan. Hari ini juga aku berkesempatan menulis seusai aku liqa' bersama rakan-rakan usrah dengan kata manjanya di panggil "Tour De Ilmi (TDI)" walaupun terpaksa mencuri masa dan mengais2 utk di catatkan dalam blog ini.

Aku bimbang...aku bimbang...runsing...Terngiang-ngiang dlm hatiku satu persoalan, adakah berlalu umur dan usiaku tetapi amalanku tidak bertambah??. Ketahuilah, Iman itu adakala bertambah, menaik mendadak, dan adakalanya menurun dengan sebab maksiat. Puncanya kita. Antibiotiknya perlu dibentengi dengan nilai taqwa maka akan berhargalah nilai diri seperti emas dengan adanya taqwa.

Mafhum sabda Rasulullah SAW:
“Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.”~Ibnu Mas'ud

Tahun Hijriah ini mengingatkan aku tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW, para sahabat, dan umat Islam yang berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Mereka mengorbankan roh dan jasad demi utk kemaslahatan Islam. Iman mereka terhadap kebenaran begitu teguh dan kental sehingga tidak mampu digugat dengan kemewahan, kesenangan dan pesona dunia.

Semoga kita sama-sama mengbumikan konsep hijrah ini dalam kehidupan kita, hijrah bukanlah bermakna 'perpindahan' semata-semata tetapi mempunyai makna mendalam, meluas dan tersirat. Hijrah dari kacamata kita perlulah berhijrah ke arah pembaikan, pengislahan dari segi akhlak, cara hidup dan sebagainya. Pasakkan hidupmu kerana Allah. Salam Ma'al Hijrah utk semua.

terimalah..

KEMBARA HIJRAH


Dari padang pasir gersang

Merentasi terik sang mentari

Dari kejahilan

Menuju kejayaan

Bagi membina sinar gemerlapan

Cahaya agama yang kian pudar

Rasulullah

Penggerak ummah berjaya

Jasanya bagaikan mutiara

Yang menerangi seluruh alam maya

Negara maju matlamat kita

Bersatu padu mencapai cita

Al-Quran Sunnah teras utama

Unggulnya iman kelak berjaya

Pemuda pemudi tiang negara

Tuntutlah ilmu asahlah minda

Pimpin negara rajin berusaha

Akhlak yang mulia disayangi semua






Saturday, November 21, 2009

KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH

Hari raya aidiladha makin kunjung tiba. Setiap tahun apabila masuknya bulan Zulhijjah semestinya bulan ini melibatkan kaum muslimin keseluruhannya, menandakan akan tibanya hari kebesaran Islam Aidiladha, kefardhuan ibadah korban ibadah haji dan sebagainya.


Allah SWT meletakkan semua ibadah ini pada bulan Zulhijjah. Pada bulan ini juga ada ibadah2 tertentu yang hanya ada pada bulan ini saja dan tidak ada pd bulan2 yang lain serta byk amalan2 sunat yang khusus padanya. Begitulah keistimewaan yang ada pada bulan Zulhijjah. Di sini saya akan sebutkan beberapa keistimewaan bulannya:


1. Sabda Nabi s.a.w “tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah,"para sahabat bertanya "adakah jihad fisabilillah (didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah) tidak boleh menandingi amalan (selain daripada jihad) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda:"jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya.”(Hr Bukhari)


2. Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu" (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh Zulhijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.

Dalam hadis telah menyebut:

"Tidak ade hari2 yg lebih hebat disisi Allah dan tidak ada amalan yg lebih disuka dilakukan pada masa tersebut melainkan 10 hari terawal zulhijjah . Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid."(HR Ahmad)

Ulama telah berkata:

Himpunan sepuluh terawal zulhijjah ini lebih baik baik daripada sepuluh terakhir ramadan sekalipun terdapat semalam dlm bulan ramadan (lailatul qadar) yg tidak dapat ditandingi oleh malam2 lain.


3. Diantara kelebihan semalam ini adalah Allah telah bersumpah dgn malam2 ini:

Firman Allah s.w.t: "Dan demi waktu fajar. dan demi malam2 yg sepuluh"(Al-Fajr: 10)

Nabi bersabda: "Sepuluh malam (dlm awal surah al-Fajr) adalah 10 hari terawal zulhijjah, ganjil adalah hari arafah dan genap adalah 4 hari yg disunatkan dilakukan ibadah korban (10-13zulhijjah)."(Hadis riwayat Ahmad dan Nasaie)

Ulama telah berkata 10 malam ini adalah malam2 10 zulhijjah yg terawal.


4. Diantara kelebihan 10 hari ini adalah penutup bagi bulan2 tertentu dalam firman Allah:

Firman Allah: "Ibadah haji adalah dilakukan pada bulan2 tertentu"(Al-Baqarah: 197)


5. 10 hari ini adalah hari2 tertentu yg disebut oleh al-Quran; dimana disyariatkan supaya kita menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah mempermudahkan sebagai makanan bagi manusia.

Firman Allah s.w.t:


"Dan serulah hai Ibrahim kepada hamba2ku supaya mereka menunaikan haji. Org2 yg pergi haji akan datang kepadamu dgn berjalan kaki dan menunggang unta yg kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk tempat yg jauh, supaya mereka mendapat manfaat bg mereka. Dan mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang pd hari2 yg tertentu sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah berikan kepada mereka. Maka makanlah sebahagian daging binatang korban dan berilah kepada org yg susah lagi faqir. (27 dan 28: al-Hajj)

Kesimpulan: Marilah kita hidupkan bulan Zulhijjah ini dgn amalan yg mulia spt berzikir, puasa, solat malam dan sebagainya. Janganlah kita menconteng arang dengan melakukan kekeruhan dan kemaksiatan. Yg lebih penting kita melakukan kefarduan dgn smpurna dan meninggalkan kemaksiatan yg menyebabkan kita jauh dari tuhan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Thursday, November 12, 2009

BERMULA SEBUAH KEMBARA ILMU

BismillahirrahmanirraHim...

Asslamualaikum dan salam ukhuwwah.

Alhmdulillah setinggi2 kesyukuran kehadrat Illahi, selawat dan salam bt junjungan besar Rasulullah SAW serta para sahabatnya.

Agak lama saya tidak menulis dlm ruangan ini, blog pun dh agak bersawang dgn lebatnya bagaikan penuh dgn sarang labah2. Alhmdulillah, dalam kesempatan ini Allah tetap membuka peluang pada jlnnya, rahmatnya sentiasa terbentang luas, cuma usaha dlm mencari butiran hikmah perlu ada dri semasa ke semasa. Inilah jalan yg perlu dilalui oleh orang yang menyebut dirinya bertaqwa.

Bknlah bermakna perlunya ada penurunan wahyu atau ilham barulah dapat menghasilkan artikel terbaru kerana saya bukanlah org yg selayaknya dipilih dan diutuskan oleh Allah sbg Rasul, tetapi Nabi Muhammad SAW sbg manusia pilihanNya utk mnyampaikn wahyu. Kebangkitan Rasulullah itu menjadi titik rahmat utk sekalian alam. Terima kasih kepada sapa2 yg sntiasa memberi tasyji' (motivasi) dan memberi sejuta harapan supaya membangunkan medium blog ini.

Ingin ana berkongsi luahan sudut hati yg sering bermonolog, berpesan-pesan, berkongsi sekelumit perjalanan hidup yg penuh suka duka dan pahit manis. Sudah menjadi asam garam dlm kehidupan berpahatkan mehnah dan ujian. Semoga penulisan ini mampu memberi tempias positif, menjadi medium yg berkesan utk manfaat bersama.



Singgah sekejap di Tafileh, semasa perjalanan ke Petra



Beraya di perantauan, dari padang pasir gersang



BERMULA SEBUAH KEMBARA DI BUMI SYAM

Perjalanan kembara sebagai penuntut ilmu di bumi Syam atau Urdun (Jordan) bukanlah perjalanan sebuah permainan bola sepak, kerana permainan bola hanyalah sebuah permainan dan habis begitu saja. Adapun perjalanan yg dimaksudkan adalah sebuah kembara mencari ilmu menyelusuri kehidupan sbg mahasiswa. Dengan ini takdir Allah meletakkan saya sbg mahasiswa Universiti Mu'tah bidang Usuluddin, bermantiqahkan Mu'tah dan berpayungkan Jordan sebagai pilihan. Indahnya aturan tuhan walaupun lain perancangnnya.

Setelah genap 3 bulan, perjalanan dibumi Mu'tah sbg lokasi menimba ilmu ianya memberi seribu makna, pengalaman dan pengajaran. Bumi Mu'tah??...itulah bumi anbiya' yg penuh dgn sejarah terpalitnya darah syuhada' para pejuang Islam yang berjuang jasad dan nyawa dlm menegakkan panji Islam. Gah pada namanya menyimpan seribu khazanah ilmu dan sejarah . Di situlah terletaknya beberapa maqam para sahabat Rasulullah SAW yang syahid dlm Ghazwah Mu'tah (perang Mu'tah)antaranya Zaid bin Harithah, Ja'far bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Doakan kita menjadi segagah mereka.


bersama maqam sahabat, Jaafar bin Abi Talib yang syahid
dlm perang Mu'tah



ILMU ITU CAHAYA

Saya teringat satu ceramah, ahli panel pernah menyebut bahawasanya ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak dapat dikombinasikan dengan maksiat. Mana mungkin dua aspek yg jauh berbeza dan berlawanan itu disatukan. Saya melihat seorg penuntut ilmu itu golongan terpelajar baik pelajar atau mahasiswa mesti dipandu oleh ilmu kerana org yg bercakap tanpa adanya ilmu akan menyimpang dari landasan sebenar, melalut dan jauh terpesong. Islam menekankan pengetahuan berlandaskn ilmu hatta sekecil2 perkara sehinggalah ilmu itu benar2 bermanfaat terutamanya kalau dilihat dewasa ini, masyarakat sekarang ramai sudah yg celik. Orang berilmu bernilai di sisi Allah.

benarlah firman Allah SWT:

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Maksudnya:

"Allah akan mengangkat darjat org2 yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat"(al-mujadalah: 11)


Ilmu takkan sampai ke mana sekiranya ilmu tidak sampai ke tahap pengamalan. Apa yang dimaksudkan, apabila belajar, ilmu itu mesti diamalkan dan dismpaikan bukanlah menyimpan sebgai hiasan. Kelak akan ditanya oleh Allah bagaimana ilmu itu digunakan.Cubalah beramal dengan ilmu yg ada. Justeru, konsep ilmu perlu ditejemahkan ke arah menyumbang di samping menerima. Saya teringat satu pepatah arab utk dikongsi 'ilmu yg tidak diamalkan seperti pohon yg tidak berbuah' beerti ilmu takkan ke mana tanpa amal. Renung2kanlah.

Hidup akan bermakna dengan adanya cabaran. Cabaran itu membawa makna yang besar buat orang berjuang kerana seseorang itu akan mengenal cabaran itu sebagai sahabat sejati dan bukanlah sebagai musuh hakiki dipandangannya. Ada orang suka dengan cabaran, ada orang tidak suka. Cabaran tetap akan bertandang datang, walaupun tidak menerima surat jemputan. Adapun ketabahan dan iltizam itu sebagai intisari dan sifir berjaya dalam perjuangan. Sirah Rasulullah mempamerkan pada kita tentang ketabahan baginda dalam menghadapi cabarn hidup. Baginda mendapat tentangan hebat dari musuh2nya ketika menyampaikan dakwah Islam. Baginda di hina, di caci dan pernah di pulau bersama pengikutnya. Pernah satu ketika, Rasulullah bersembahyang di Kaabah, tiba-tiba Aqabah bin Abu Muit datang mencekik baginda dengan bajunya sehinggalah Abu Bakar datang melepaskannya.


BAHASA SEBAGAI KUNCI ILMU

Adapun cabaran musafir ilmu di Bumi Syam, seseorg itu mesti mempunyai tahap ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Bumi tandus berhikmah itu bukanlah seperti Malaysia tanahairku berbahasa Melayu, berloghat Kelate manakala di sana berbeza budaya, bahasa, bangsa, dan boleh dikatakan semuanya jauh berbeza. Tidak seperti sediakala.

Masalah utama bagi pelajar Malaysia di Jordan adalah dari segi bahasanya. Ini kerana bahasa perantaraan di sana adalah bahasa Arab. Adapun Mu'tah sebuah daerah terkenal dengan lahjah Karakiah (loghat Karak). Macam Malaysia pun ada dengan pelbagai loghatnya seperti loghat Kelantan, "demo nok gi mano?", Perak, Kedah dan sbgnya. Di Universiti, ada dikalangan pensyarah bertutur lahjah 'ammiah (bhsa arab loghat pasar), ada yang bertutur Bahasa Arab Fushah. Kebiasaannya pelajar Malaysia dapat memahami b.arab Fushah walapun sedikit walau tak banyak tetapi yang menimbulkn masalah adlah penggunaan lahjah 'Ammiah semasa kuliah. Kebanyakan pelajar tidak dpt memahami dgn baik khususnya pelajar Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia.


Jamiah Mu'tah, inilah tempat saya menimba ilmu


Jadi, sebagai nasihat bersama, kuasailah bahasa dengan sebaik-baiknya. Bahasa itu kunci segala2nya utk mendpt ilmu. Anda pernah mendengar orang ditipu kerana tidak tahu sesuatu bahasa?. Ya, saya pernah mendengarnya. Anda ataupun saya kemungkinan akan ditipu kerana tidak tahu sesuatu bhsa samada ditipu dlm perniagaan, bermuamalah dan sebagainya. Kepentingan bahasa secara tidak langsung akan menjadi "antibiotik" atau benteng yang kebal. Masalah bahasa hanyalah sedikit sahaja dari cabang ujian yg ada, kerana setiap org akan berhadapan dgn masalah. Belajarlah bercinta dengan masalah seperti anda menyayangi kucing belaan anda. Anda belai kucing anda, anda baginya makan, begitu juga dengan cabaran dan masalah anda. Belailah masalah dgn kasih dan sayang.

Ana teringat satu firman Allah:

قوله تعالى : الــــم. أحسب النـاس أن يتركوا أن يقولوا ءامنـا وهم لا يفتنون


Maksudnya:

"apakah manusia menyangka dengan mereka mengatakan; kami telah beriman sedangkan mereka belum pernah diuji" (al-ankabut: 1-2)


Sesungguhnya kehidupan manusia penuh dengan cabaran dan ujian. Namun, ujian itu dtg dlm pelbagai rupa bentuk, walaupun hakikatnya tidak menjelma dgn rupa paras tetapi cabaran dan ujian boleh membawa kesan yg negatif sekiranya tidak dipandu dengan baik. Justeru, ujian itu bukanlah penghalang mutlak utk terus maju dan bangkit. Dalam kamus Muslim, peranan Islam menolak dan menafikan jauh2 sikap berputus asa kerana ia menjadi faktor halangan utama bagi kejayaan. Oleh yg demikian, Islam menekankan konsep ketabahan dan sabar dlm membentuk peribadi cemerlang. Wallahu'alam.



sendawa ukhuwwah


tinggi juga unta ni...

Tuesday, September 1, 2009

SIAPAKAH ORANG YG PALING GAGAH PERKASA?


Bismillahi Wakafa Billahi Syahida..

Alhamdulillah, kali ini ana ingin berkongsi dan mengajak kalian semua merungkai satu persoalan dan berteka-teki "Siapakah orang yg paling gagah perkasa?."

Adakah org yg gagah perkasa itu bererti mempunyai kekuatan yg mampu mengangkat lori, pokok kelapa dan sbgainya, adakah org yg gagah itu semestinya johan dlm pertandingan gusti lengan dan mempunyai susuk tubuh badan yg sasa dan nmpak gagah perkasa. hehe. Gagah seperti Badang.

Walaupun semua itu dikira gagah, namun gagah itu secara zahir, ia hnya bersifat sementara dan tidak smpai ke mana pun. Walaupun seseorang itu mempunyai kekuatan yg gagah tapi harus diingat masih ada ada sesuatu yg lbih gagah perkasa dan samseng iaitu Allah yg bersifat al-Jabbar, al-Qaadir dan al-Aziz.

Dunia hari ini menyaksikan terdpt plbagai jnis org yg gagah perkasa, ada yg perkasanya menyebabkn dirinya lupa, lantas mrk berlagak sombong dgn kekuatan yg ada, bertindak menindas org yg lemah, menjadi samseng merajai di sana sini, memonopoli dunia dgn kezaliman serta melakukan kerosakan di bumi menjadi sebati dan sbgainya. Persoalannya gagah yg bagaimana harus menjdi acuan?

Berdasarkn satu hadis menyebut tentng "Siapakah org yg paling gagah perkasa?." Diriwayatkan bhwa Rasulullah SAW bersabda:

Imbang Penuh"Org yg paling gagah perkasa di antara kalian semua adlh mereka yg dapat mengawal hawa nafsunya di waktu marah dan org yg tersbar di antara kamu semua itu adlh org yg suka memaafkn kesalahan org lain pdhal dia mampu utk memblasnya." (Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Dunya dan al-Baihaqi)


Jelaslah di dalam hadis ini bhw org yg pling gagah adlh org yg dpt mngawal hawa nafsunya ketika marah. Mahukah anda mnjdi org yg gagah perkasa?..Sabarlah kuncinya...

Wallahua'lam...



Saturday, August 29, 2009

TAWARAN HEBAT SEMPENA RAMADHAN

KITA HANYALAH MANUSIA BIASA

Bismillahirrahmanirrahim...

Kesyukuran kita pnjtkan pd tuhan pencipta langit, kerana kita diletakkan olehnya di dlm bulan yg ckup mulia, penuh keberkatan, keistimewaan dan plbgai lgi manfaatnya yg blh dikutip iaitu bulan Ramadhan..Kudrat utk menulis ini bknlh suatu yg mudah tanpa iradah Allah SWT tetapi aku menulis bukan krn nama..

Secara zahirnya, walaupun ada golongn kulit putih dan kulit hitam tetapi mereka pun tetap sama sperti kita diciptakn oleh Allah utk tujuan yg sama, malah mempunyai tuhan yg sma..Apa yg lebih mulia di sisi Allah adalh org yg lebih taQwanya..

Walaupun terciptanya langit, bumi, atmosfera, kejadian siang dan malam serta plbgai lagi kejadian, itulah hakikatnya setiap kejadian itu ada penciptaan..Siapa yg menciptakn?siapa yg mencipta manusia drp tanah?..Allah itulh yg mnciptakn segala-galanya...Apakah kamu tidak Berfikir?..

Di dlm al-Quran, Allah kerap bersumpah dgn nama ciptaan makhluknya, demi langit, demi bumi, demi gugusan bintang dan sbgainya menandakn alamat bahawa dia yg mampu menciptakan segala2nya, dan tidak ada suatu kuasa pun yg mampu menandingi kekuatannya..tetapi bagi manusia tidak mungkin boleh bersumpah selain dri Allah iaitu bersumpah dgn makhluk ciptaannya krn mnusia itu tidak mampu menciptakn sesuatu...

Fir'aun?..saya rasa semua org mengenali..Jika fir'aun terkenal dgn kenakalannya beromong ksong merajai dunia serta mampu menciptakn sesuatu dan berkuasa atas sglanya tetapi hakikatnya berteduh di bawah langit Allah dan berdiri tegak atas bumiNya..Pada akhirnya, maut ditelan dek laut merah..Itulah insan yg lupakn diri spt kacang lupakn kulit..

Kita sbgai manusia hakikatnya diciptakn drp tanah. Kemudian Allah SWT memberi roh ke atas setiap dri, kita mampu berjalan, berkomunikasi, makan, minum, bermuamalat, berpolitik dan sbgnya. Ini kerja siapa kalau bukan Allah yg mnjdikn sglanya..Kehidupn itu hnyalah isti'arah (pinjaman) dri Allah..seperti PTPTN, hakikatnya ia sebuah pinjaman di kemudian hari perlu dilangsaikn hutang..

Manusia itu tercipta dlm keadaan mulia, diciptakn sebaik2 kejadian. Ini bermakna manusia itu semuanya cantik, hensem, kemas selari dgn kehendak Islam yg menekankn kebersihan, kekemasan sbg amln tetapi manusia itulah yg menconteng arang di muka sendri sehingga membwa dri ke arah kebinasaan, kekotorn dan kerosakn mlahan mrk akn lbih truk dri binatang apabila tidak mnggunakan akal dgn sebaiknya.Sebaliknya, manusia akan bertmbah cantik dengan dihiasi bunga2 akhlak dan ditopupkn dgn amal soleh.

Manusia akan mulia dan berkualiti sekiranya meltakkn sesuatu pd temptnya..Maka, jadilah kita manusia yg dipndang oleh Allah walaupun tidak dipndang oleh manusia..Wallahu'alam..

Tuesday, August 25, 2009

PANGGILAN RAMADHAN


Firman Allah SWT yg bermaksud: Bulan Ramadhan, bulan yg di dalamnya ditrunkn (permulaan) al-Quran sbg petunjuk bgi manusia dan pnjelasan2 mngenai petunjuk itu dan pembeza (di antra yg hak dan yg batil) [Al-Baqarah: 185]

Salam Ramadhan Kareem...Ramadhan sbg bulan yg pnuh kberkatan, penuh kelebihan dan mempunyai byk keistimewaan di di sisinya...

Kini Ramadhan dtg dan bakal pergi..Itulah sunnatullah ke atas makhluknya..Tetapi sejauh manakah manusia itu memanfaatkn kelebihan dan keistimewaan yg trdpt pada bulan Ramadhan yg mana Allah telah menjnjikan balasan phla yg berlipat kali ganda bgi sesiapa yg melakukn amal kebajikn berbanding pd bulan2 yg lain..Ya, tidak sama saudara dan saudari sekalian..Kelebihan yg Allah letakkn pd bulan ini tidak sama spt bulan2 yg biasa yakni Allah juga telah menyebut bulan Ramadhan di dalam al-Quran...

Adakah sama tahap amaln kita pada Ramadhan yg lalu dan Ramadhan yg bakal mndtg?Org yg beriman itu imannya sntiasa mningkat dri hari ke hari, hari ini adalah lbih baik dari hari semalam...itulah org beriman, org yg sntiasa memnfaatkn msa yg ada hnya berdating dan bercouple dgn Allah Rabbul Jalil .... Marilah kita sama2 bermuhasabah...

Mungkin ada dikalangan kita tidak menyedari kelebihannya, juga tidak mengetahui bgaimanakh para ulama' terdahulu (salafussaleh) menyambut bulan yg mulia ini...Ramadhan Kareem..

Di sini ana sarankan antra amalan yg boleh dilakukan dan yg digalakknnya pd bulan Ramadhan ini:
-Berpuasa
-Membaca Al-Quran
-Qiyanullail
-Bersedekah
-Mnjga lisan, mngurangkn kata2 dan menjauhi sifat dusta=)
-Doa, zikir dan istighfar
-Umrah pd bulan Ramadhan
-Beriktikaf

Ini hnya saranan ana untuk smua...Kalau ada nk tmbh apa2 terpulang..Up to You..

Sabda Rasulullah SAW sewaktu menaiki mimbar di Madinah:
Maksudnya: "Sangat malang, org yg berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkn dosanya."[HR: Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi]

Jadi, pesanan dri ana utk smua, sama2lah kita merebut peluang keemasan ini, nasihat menasihatilh antra satu sma lain, krn kdg2 manusia itu sering terlupa asal usulnya...Smoga kita diampunkn dosa2 yg tlh lalu melalui proses tarbiah Ramadhan...

Ramadhan Kareem...


Friday, August 21, 2009

INDAHNYA PERANCANGAN TUHAN

Assalamualaikum..Salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah, bertemu kembali setelah agak lama menyepikan diri dalam merencanakan blog ini. Setelah jauh masa berlalu, pelbagai isu, masalah dan peristiwa berlaku banyak memberi respon trhdap penulis. Kita dihangatkan dengan isu H1N1, isu kematian Michael Jackson yg dikenali dengan Raja Pop Rock, kita kehilangan seorang pejuang industri nasyid iaitu Ust Asri Ibrahim, selaku solo kumpulan nasyid Rabbani yg terkenal dengan lagu Pergi Tak Kembali lagi dan banyak lagi..Semua ini adalah merupakan isyarat dari Allah SWT serta inzar kepada makhluk yg menghuni bumi ini supaya bertafakkur, tidak melakukan maksiat, kerosakan, segala yg bertentangan dengan fitrah manusia dan sebagainya.

Panjang pula muqaddimahnya, sebenarnya ana nak bercerita kerana manusia ini secara fitrahnya memang suka bercerita dan suka memanjangkan kalamnya. Tapi bagaimanakah manusia itu sepatutnya menggunakan lisannya? Harus diingat, lisan yg dijadikan bukanlah utk disia2kan oleh mana-mana individu yg bergelar manusia kerana tujuan Allah menjadikannya supaya manusia menjadi seorang yg bersyukur dengan melaksanakan tuntutannya ke arah kebaikan. Tapi ingatlh lisan itu sungguh tajam dari mata pedang..Aiwah...

Semuanya berkait rapat dengan kehidupan ana. Itulah anugerah dari Allah kepada hambanya. Segala kemanisan dan kepahitan hidup itu merupakan sifat kasih Allah pada hambanya.

Nak dijadikan cerita, memang panjang ceritanya..kita hanya mampu merancang tpi perancangan Allah lagi indah. Ana sebenarnya tidak terdetik langsung utk menyambung pengajian di Jordan, kerana kalau dilihat dari sudut sara hidup di sana memang tinggi dan dalam kepala ana tidak ada bauan Jordan dan ana tidak ma'ruf sangat tentang negara itu berbanding Mesir dan Morocco.

Sebenarnya, sebelum merancang ke Jordan ana sudah merancang utk menyambung pengajian ke beberapa tempat seperti Mesir atau Morocco. Segala proses dan persiapan telah dijalankan mengikut prosedur tapi natijahnya tidaklah seperti yg disangkakan kerana pada masa tu berlakunya masalah yg tidak dpt dielakkan. Sebagaimana maklum, pihak kerajaan telah membatalkan MOU antra institusi pengjian tinggi Islam di Malaysia dengan Jami'ah Al-Azhar. Jadi, natijahnya hanya pelajar2 lepasan STAM saja yg layak utk smbung pengajian di Mesir, itupun yg amik pengajian Islam.

Kebiasaannya, sebelum ni dibolehkn jga utk pelajar2 lepasan Diploma seperti ana. Itulah hakikatnya. Keadaan ini sedikit sebanyak membantutkan segala usaha utk melahirkan ramai intelektual Islam kerana di sana merupakan sebuah sebuah Jami'ah yg terulung di dunia yg telah melahirkan ramai para ulamak.

Setelah sekian lama menanam anggur di rumah (menganggur), ana fikir punya fikir ana merancang la utk kembali belajar di KUIS. Alhamdulillah, takdir Allah telah meletakkan ana di sana utk beberapa bulan dan ana mengambil Ijazah Bahasa Arab Terjemahan. Di mana ana datang di situ la ana kembali.he3.

Alhamdulillah, ana kembali bergelar mahasiswa KUIS. Selama ini fkiran hanya membeku di rumah tanpa adanya pengisian. Lgipun ana bukannya suka kalau masa hanya terbuang begitu saja. Ana lbih suka utk menceduk ilmu dri mana2 atau sapa2 yg blh menyumbang ilmu..Terasa diri ini masih kekurangan ilmu jika nk dibandingkan luasnya air di lautan.

Setelah 5 bulan bljr dlm jurusan Bahasa Arab Terjemahan, maka genaplah pengajian utk semester tiga. Setiap semester para pelajar akan bertempur demi pertempuran dalam gelanggang final exam utk menguji tahap pengajian termasuklah ana yg diuji. Itulah cabaran. Sepanjang semester byk onak dan duri telah ditempuhi.

Setelah berakhirnya fatrah pengajian bagi semester 3, maka bermulalah cuti semester selama 3 bulan.

Suatu malam, ana berhubung dengan sadiq (kawan) yg belajar di Jordan melalui Yahoo Messenger (YM). Sebelum ni dia bljr di Syria selama 6 bulan di Jami'ah Fattah, kemudian menukar pengjian ke sana. Dia mengjak ana supaya sambung belajar kat sana bersamanya. Pelbagai cara dia mempromosikn Jordan sbg tempt pengajian yg bagus utk ana. Ana pun dalam dilema utk memikirkan apa yg terbaik.

Masa tu, mcm2 benda ana fikir, termasuklah pengajian ana di KUIS bru nk masuk semester 4. Pada masa tu juga, ana telah dipertanggungjwbkn utk memegang 2 jawatan sbg pengerusi. Yg pertama, pengerusi bagi Nadi Lughah KUIS (Kelab Bahasa Arab) dan Pengerusi Bahasa Arab dan Tamadun Islam di bawah jabatn Bahasa Arab. Setelah lama memikirkan, natijahnya, ana tekad utk sambung ke Jordan. Kemudian ana mngambil kptusan utk melepaskan kedua2 jawatan tersebut..

Pada masa tu cuti semester tgh berlangsung, ana ambil kptusan utk tidak menyambung semester seterusnya dan ana bertekad mengisi masa yg ada dengan bekerja demi utk mnymbung pengajian ke Jordan dan mencari sekelumit penglman. Alhamdulillah, takdir Allah meletakkan ana sebagai seorang Mu'allim (guru) di sebuah sekolah swasta di bawah kelolaan JIM yg terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Namanya sekolah Al-amin.

Alhamdulillah, ana mulakn tugas sbg guru pd awl bulan April 2009, dan berakhir pd bulan Julai di tahun yg sama. Semasa dlm fatrah pekerjaan, ana sibuk membuat urusan utk sambung belajar, boleh dikatakan "al-waajibat aksaru minal awqat"..Ana sibuk ke KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), berulang alik ke sana sini, menyibukkan diri dengan plbgai urusan di samping kewajipan sebagai mu'allim memijak2 bahu dan kepala...Profession sbg guru bukanlah tugas yg mudah spt yg disangka2kan disamping memerlukan kesabaran dan ketabahan yg tinggi tahap dewa. Begitulah tugas ingin membentuk manusia, seseorg guru memerlukn ciri2 sang murabbi.

Ana telah mengutip byk penglman di sana, segala kemanisan dan kepahitan sbg guru tertumphnya di sana. Pada mulanya, ana bekrja hnya utk memenuhi msa lapang, tpi demi Allah, lama kelamaan ana terpikat dgn biahnya (suasana) dan penghuninya..org arab kata "Helo Kathir" (manis sangat)..byk kenangn yg x dpt dilupakn. Ana ditugaskn sbg guru Bahasa Arab mngjr tahun 5 dan 6. Di samping itu, ana memegang guru disiplin mnggantikn guru sblum ini dan sbg guru kelas 5 Umar yg terkenal sbg pelajar yg nakal tapi bagi ana merekalh permata yg bakal berkilau dan pengganti pemimpin2 yg akan dtg..Insyaallah, sma2 doakn.

Nak dipndekkan cerita, bulan 7 ana kursus b.arab selama sebulan di PERKIM Kelantan. Kemudian, dlm tempoh trsebut membuat persiapn, menguruskn apa2 yg perlu. Apabila tiba tarikh 14 Ogos, ana bersma sahabat dri KUIS dan PERKIM seramai 8 org bertolak ke Jordan. Alhamdulillah, dgn izin Allah ana bersma shbat selamat smpai ke sana.

Ingtlah, Allah tidak menjdikan mnusia hnya sia2 tnpa ada tujuan. Manusia sehrusnya tahu apa hadaf utama dan kewajipannya terhdp pencipta. Allah mnjdikn hidup mati manusia utk menguji siapakah yg pling baik amlannya dan seharusnya kita sedar setiap yg bernyawa akan pulang menghadap Allah brsma bekal amlnnya. Jadi, menuailah hasil yg baik.

Setiap sesuatu ada hikmah kejadiannya. Indahnya perancangan Allah walaupun tidak indah di pandangan manusia. Moga kita tergolong dlm golongan org yg bersyukur. Ameen. Ramadhan Kareem.

Sunday, July 5, 2009

Kisah dua sahabat


Bismillahirrahmanirrahim..


Salam Motivasi

Ini merupakan satu kisah yang dikisahkan untuk renungan kita bersama. Semoga ada iktibar daripadanya.


Tersebut alkisah, di satu kampung, terdapat sepasang sahabat yang selalu berkongsi masalah dan berdebat tentang sesuatu isu setiap kali berjumpa. Pada suatu hari, Si A bertemu dengan si B di halaman rumahnya seperti biasa.

Lalu si A bertanya kepada si B “ Boleh tak ana bertanya kepada anta satu soalan, sahabatku?” Tanya Si A meminta izin pertama.

“Sudah tentu wahai sahabatku. Apa soalannya? Ana teruja untuk mendengarnya..” jawab Si B dengan mesra, cepat dan betul ( macam motto PDRM je..huhu..)

Si A lalu tersenyum…” Soalannya begini, jika ditakdirkan di dalam dunia ni hanya terdapat tiga orang sahaja wanita, dan ketiga-tiganya memiliki kekurangan tertentu di mana yang pertama merupakan gadis buta. Yang kedua merupakan seorang yang bisu dan ketiga adalah seorang yang pekak. Yang mana satu bisa kau pilih untuk menjadi isterimu, wahai sahabat?” Clean dan clear si A mengajukan soalannya.

Lantas si B tersenyum, dan menjawab “ana tidak kisah sahabat, siapa-siapa pun ana akan terima sebagai isteri,sama ada dia buta, pekak mahupun bisu. Tiada masalah bagi ana..”ikhlas betul jawapan si B namun si A tidak berpuas hati.

Lalu dia mengajukan lagi soalan yang berbunyi begini “ sahabatku, masakan kau ingin menerima sesiapa sahaja untuk menjadi suri hidupmu? Kalau isterimu buta, macam mana dia akan melaksanakan tanggunjawabnya dengan baik, sedangkan dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri kerana matanya yang buta itu. Adakah kau akan menjadi pak turut yang akan memimpin ke mana sahaja isterimu pergi?” panjang lebar Si A mengajukan persoalannya. Lantas Si B mejawabnya dengan senyuman manis “ tiada kurang nilainya seorang isteri bagi hamba, wahai sahabatku. Walaupun dia seorang yang buta, namun hatinya cukup bersih. Dia dilindungi oleh Allah daripada melihat benda-benda yang kotor dan keji sepanjang umurnya. Hatinya jauh lebih bersih daripada hati kita berdua, wahai sahabatku.. Dengan hatinya yang bersih itu, dia akan menjadi seorang isteri yang lebih baik berbanding orang yang sempurna sifatnya, dan Allah telah memberikan cahaya melalui mata hatinya. Mana tau, berkat doa hatinya yang bersih itu, rumahtangga akan jadi lebih bahagia..” jawab Si B dengan panjang lebar. Terkedu Si A mendengarnya. Rasa malu pun ada, Perlahan-lahan menjalar rasa keinsafan dalam dirinya. Niat pada mulanya hanya untuk ‘kena’kan sahabatnya itu tidak menjadi.

Lalu, dia bertanya lagi, “ bagaimana pula dengan si Bisu? Mahukah engkau ingin menjadi seorang suami kepada sebuah patung yang tidak boleh bercakap dan hanya mampu merenung dirimu sepanjang hidupnya, wahai sahabatku?” si A merasakan si B akan mengalah. Masakan tidak, dia sendiri tidak ingin mempunyai seorang isteri yang bisu, hidupnya akan terasa sunyi dan kosong jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Tetapi, dengan tenang si B menjawab, “ Wahai saudaraku, si bisu banyak keistimewaannya, dan jika dia menjadi isteriku, sungguh aku rasa bersyukur. Ini kerana dia tidak bisa meleteriku dengan bahasa-bahasa yang kasar, dan akan berbahasa manis dan lembut dengan penuh rasa cinta melalui renungan matanya yang bercahaya itu. Dengan pandangan sebegitu setiap hari, ana akan merasa tenang dan sangat bahagia. Nilai cintanya jauh lebih berharga kerana dari pandangan mata, kita dapat merasai segala-galanya. Cukuplah jika suara anak-anak menjadi penyeri hidup kami, walaupun tidak dapat mendengar bisikan cinta dari si isteri tercinta namun ana tahu cintanya sangat suci buat ana..” mendengar penerangan si sahabat, si A berasa semakin insaf. Namun, terdetik di hatinya untuk mendengar penerangan seterusnya.

Lalu, dia bertanya lagi kepada si B, bunyinya begini, “sahabatku, bagaimana pula dengan si pekak? Engkau akan hidup susah di sampingnya jika engkau memilihnya sebagai isteri. Jika engkau pulang lewat malam, dia tidak dapat mendengar bunyi deringan telefon mahupun ketukan pintu darimu sedangkan isterimu sedang tidur dengan nyenyak. Engkau pula sudah tentu akan merasa marah kerana terpaksa tidur di luar semalaman. Tidakkah itu akan menambahkan beban dalam hidupmu,sahabat?” bersungguh betul si A cuba membentangkan pendapatnya. Mendengarkan soalan tersebut, sekali lagi si B menjawab, dengan wajah tenang dan manis seperti biasa, “sahabatku, alangkah beruntungnya jika mempunyai isteri seperti itu. Kenapa perlu ana merasa marah jika dia tidak mendengar bunyi deringan telefon mahupun ketukan pintu, sedangkan seharian isteriku berpenat lelah melaksanakan tanggungjawabnya di rumah dan menjaga anak-anak, sudah semestinya ana biarkan sahaja dia tidur nyenyak tanpa mengganggunya. Jika ana pulang dalam kepenatan dengan kemarahan sekalipun, dia tidak akan mendengar suara kemarahan ana dan, sudah tentu dia tidak akan mengomel tanda tidak puas hatinya. Sedangkan dengan kelemahannya itu, dia hanya bisa menuturkan bahasa lembutnya dan rumahtangga kami pasti akan bahagia setiap hari..” sekali lagi si A merasa terpaku dan terkedu dengan jawapan tersebut. Perlahan-lahan, air matanya mengalir, tanda keinsafan yang menjalar kuat di hatinya.. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya dan berkata kepada sahabatnya, “ terima kasih sahabat di atas nasihatmu itu. Kini, aku merasa sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat sepertimu.” Lalu si A mendakap si B dengan seeratnya sambil menangis tanda kesyukuran..



p/s: bersyukurlah dengan apa yang ada…Sesungguhnya, di sebalik sesuatu kekurangan, ada hikmahnya yang tersembunyi yang dapat dinilai dengan mata hati. Renungkan..(^_^)