Teman Seakidah Anda

Thursday, February 19, 2009

JANJI ALLAH KEPADA ORANG BERIMAN


Allah telah meletakkan janji-janjinya kepada orang beriman dan beramal soleh dalam Al Quran. Bagaimanapun Allah juga telah meletakkan syarat bagi mereka memperolehi janji ini.

1.Menjadi khalifah di muka bumi
Firman Allah:
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi; sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (islam) yang telah di redaiNya untuk mereka."
(An-Nur 55)

2.Mendapat pertolongan Allah
Firman Allah:
"Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman." (Ar-Rum 47)

"Jika Allah menolong kamu,maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu,jika Allah membiarkan kamu(tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah." (Ali-Imran 160)

3.Mendapat pembelaan Allah
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman." (Al-Hajj 38)

4.Menjadi wali Allah
Firman Allah:
"Allah lah penolong(wali)bagi orang-orang beriman. " (Al-Baqarah 257)

"Sesungguhnya wali-wali Allah itu adalah mereka yang tiada kekuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
" (Yunus 62 dan 63)

5.Mendapat hidayah atau petunjuk
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." (Al-Hajj 54)

6.Orang kafir tidak dapat menguasai mereka
Firman Allah:
"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman." (An-Nisaa 141)

Keadaan di mana orang Islam hari ini ditindas dan bunuh sewenang-wenangnya adalah disebabkan mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Allah untuk mendapat perlindunganNya dari orang kafir. Mereka tidak menjalani hidup seperti yang ditentukan Allah malah mereka memilih kehidupan seperti orang kafir.

7.Mendapat rezeki yang baik dan keberkatan
Firman Allah:
"Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka." (Al-A'raf 96)

8.Mendapat kemuliaan
Firman Allah:
"Dan kepunyaan Allah lah kemuliaan RasulNya dan orang-orang yang beriman."

9.Mendapat kehidupan yang baik
Firman Allah:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita di dalam keadaan mereka beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik." (An-Nahl 97)

Demikianlah janji Allah kepada mereka yang beriman. Untuk mencapai tahap keimanan ini, maka amal soleh, gigih berusaha ke jalan Allah dan kesanggupan berkorban apa sahaja akan menjadi tukarannya sebelum Allah menunaikan janjiNya.


Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

Monday, February 16, 2009

Keluasan Neraka yang amat dahsyat

Bismillahirrahmanirrahim...

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?."

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebutdalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai kebawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikanseorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam danperhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumahkami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas).

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" JawabJibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluargaFir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. dipangkuannya sehingga sedar kembalidan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauankudan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai").

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamubahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.


Saturday, February 14, 2009

Ada Apa Dengan 14 Februari?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Bila tiba bulan Februari ada jer orang sebut tentang Valentine... Sakit telinga mendengarnya, dalam hati menyampah jer sebut pasal Valentine ni..Bila Februari Valentine, bila Valentine Februari...Lu Pikir la sendiri??..Ada jugak faedah Si Nabil ni...hmm..camnilah kehidupan orang sekarang..Berfantasi dengan cinta, melebihkan-lebihkan cinta makhluk yang sekutu dengannya. Cinta Allah di mana?tanyalah iman anda...ada jawapannya..Insyaallah..


Lalai?lupa?Leka?Alpa?...mungkin diorang ni banyak makan semut kot..Diorang x sedar, sebenarnya diorang sedang bermimpi di alam perantauan, yg kekal hanya bumi akhirat yg nyata..Dah la empunya dunia ni bagi rezeki, keta lagi, rumah lagi, nk duit dia bagi duit..tapi disebabkan semua ni lupa segala-galanya..Samalah seperti 'kacang tanpa kulit'. hmm...kacang tanpa kulit ok lagi, ni dengan kacang-kacang hilang..ho la diorang ni lupa asal diorang ni ibarat kacang...Apa kejadahnya semua ni?..aku nasihat bkn utk korang jer tpi utk peringatan bersama..Jangan msuk telinga kiri keluar dari mulut..pelik tu, biasa masuk telinga kiri keluar sebelah kanan..hish songsang betul...


Sedarlah ayyuhal syabab wa ummatal islamiyyah!!Engkaulah pelapis pembela agama, bangsa dan Daulah Islamiyyah..Qum minan naum!! ...diluar sana terlalu ramai remaja yang runtuh akhlak, tinggalknlh budaya Valentine ni, nk rsa nkmat kasih syang yg sejati ikutlh syariat Islam, Itu jln terbaik bgi anda 'Islam is Power' and 'The true Love is Islam'...Ku doakan sahabat2ku kembalilah ke pangkal segala jalan (Islam Sebenar)..Janganlah kamu bertopengkn 'Nifak' sebagai libas (pakaian)..apakah peranan kita selama ini? tepuk dada tanya iman...



Henti Sambut Hari Valentine..

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian. Ana teringat satu sabda nabi yang menyebut : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dikalangan mereka."



Cintakan Allah cinta kekal abadi

Cintakan manusia, manusia akan mati

Cintakan bunga nescaya bunga akan layu

Cintalah Illahi nikmat cinta yg sejati...

Wallahu 'alam (^_^)

Wednesday, February 11, 2009

Al-Quran sebagai Pembela anda atau Pembawa Musibah?

Pengarang: (Dr. A’idh al-Qarni)

Penterjemah: Wan Hakimin Bin Wan Mohd Nor (08BC03002)

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan)

Sabda Rasulullah SAW : (Al-Quran sebagai Pembela atau Pembawa Musibah kepada anda). Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa al-Quran itu akan terbentuk sebagai pembela atau pembawa musibah kepada diri anda. Oleh itu, al-Quran bukanlah sekadar buku teori pengetahuan semata-mata ataupun buku tatapan untuk bacaan umum secara mutlak, kerana buku ulangkaji apabila anda baca atau tidak pernah membacanya adapun anda menghayati kandungan ataupun sebaliknya maka anda tetap diri anda seperti biasa. Adapun al-Quran itu apabila anda baca dengan penuh penghayatan setiap bait-bait ayat maka Allah akan menambahkan nur mata hati anda, tetapi sebaliknya semakin hari anda tergolong di kalangan orang yang rugi. (Wal ‘iyazu billahi). Firman Allah: “Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’: ayat 82)

Dalam menafsirkan ayat ini ulamak Salaf berpendapat, “Seseorang itu tidak duduk membaca al-Quran lalu di akhirat kelak dia akan bangkit dalam keadaan selamat sejahtera, akhirnya seseorang itu akan dapat meraih keuntungan atau hasilnya akan beroleh kerugian.” Oleh demikian, ulamak Salaf membaca ayat ini.

Maksud sabda nabi: “Al-Quran sebagai Pembela” Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka al-Quran tersebut akan menjadi pembela di hari akhirat kelak. Menurut pandangan Imam Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak: “Al-Quran dan Puasa akan datang di Hari Kiamat lalu berkatalah Puasa: Wahai tuhanku! aku telah menahan orang yang berpuasa itu makan di siang hari, lalu al-Quran pula berkata: Wahai tuhanku! aku telah menghalang ahli al-Quran untuk tidur di waktu malam, maka mereka meminta-minta syafaat untuk kedua-duanya, maka diberilah anugerah syafaat kepada mereka.”

Demikianlah al-Quran itu akan sentiasa membela hambanya di hari Kiamat kelak. Al-Quran seraya berkata: Wahai tuhanku, aku telah mengekang matanya untuk berjaga malam, sesungguhnya dia telah beramal denganku dan meninggalkan segala laranganmu, akhirnya dia akan dimasukkan ke dalam syurga.

Di dalam beberapa buah hadis yang sahih ada menyatakan: Rasulullah SAW pernah menyifatkan bahawa (Surah tabarak) itu akan berfungsi sebagai Penyelamat di akhirat kelak, ia akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur. Hanya dengan 30 ayat sahaja ia mampu mencegah pembacanya dari azab kubur kerana di sana Malaikat akan datang untuk menemui dan menghampirinya lalu datanglah Surah Tabarak tanpa wajah kepadanya sebagai pembela. Kemudian Malaikat mendatangi dari arah kakinya lalu aku menegahnya. Kemudian dia mendatangi lagi di sebelahnya lalu aku menahannya berbuat sesuatu. Lelaki yang mendapat perlindungan ini adalah orang yang menerapkan ajaran dan melaksanakan tuntutannya.

Di sini saya nasihatkan anda perbanyakkanlah membaca Surah al-Mulk, banyakkan mengulanginya tanpa mengira siang dan malam. Kesannya anda akan merasa bahagia dengan membacanya. Anda hendaklah menghafal surah ini serta memberi didikan kepada anak anda. Maksud sabda nabi SAW: (ataupun al-Quran itu pembawa musibah kepada anda). Keterangan ini menjelaskan bahawa Musibah akan menimpa sesiapa sahaja yang mengabaikan ajaran dan kandungannya iaitu; orang yang berdusta terhadapnya, membelakangi dan mengubahnya. Al-Quran akan berkata: “Ya Rabbi, dia telah membaca kandunganku tetapi dalam masa yang sama dia tidak beramal dan sering membelakangi perintahku.” Dia sering membaca: “Ingatlah, laknat Allah ke atas orang yang zalim” sedangkan dia sendiri melakukan kezaliman, dia juga menyebut: “Mereka memutuskan hubungan silaturrahim sedangkan Allah menyuruhnya menjaga silaturrahim.” tetapi dia memutuskan silaturrahim. Di dalam al-Quran ada menyebut tentang laknat Allah ke atas orang Munafik tetapi dirinya termasuk dalam munafik, hukum pengharaman riba tetapi hidupnya mengamalkan riba, pengharaman lagu tetapi dia mendengar lagu (melalaikan), akhirnya mereka akan dipersoalkan di hari Kiamat kelak.

Maka Al-Quran itu akan mendepani manusia dalam 2 keadaan; Pertama, samada ia akan menyunting manusia lalu memimpinnya masuk ke syurga. Kedua, sebaliknya al-Quran akan mengambil lehernya lalu dicampakkannya ke neraka, al-Quran juga tidak mengabaikan seseorang hamba selamanya, inilah peranan (keadilan) al-Quran ia akan menjadi pembela atau pembawa musibah kepada anda. Maka wajiblah ke atas manusia menilai kehidupan, menyemak cara hidup, dan sentiasa bermuhasabah diri selaras dengan acuan al-Quran yang diamanahkan kepada penghulu nabi SAW.

Diriwayatkan daripada Amr Ibn Syu’aib, bahawa nabi SAW telah bersabda: “Al-Quran akan menjelma sebagai seorang lelaki pada hari Kiamat, ia akan mendatangi orang yang memikulnya, jika sebaliknya seseorang itu menyalahi arahannya maka al-Quran itu akan menjelma dihadapannya sebagai musuh.” Lalu al-Quran berbicara kepadanya: “Ya Rabbi, dia telah memikulkanku dengan seburuk-buruk keadaan, mengabaikan hukum hakammu, meninggalkan apa yang telah kufardhukan, melakukan maksiat terhadapku dan dia meninggalkan ketaatan kepadaku.” Demikian itu, datanglah al-Quran berterusan menghujaninya dengan pelbagai ancaman dan tuduhan sehinggalah dikatakan kepada al-Quran: “Terpulanglah padamu untuk lakukan apa saja, lalu dia (al-Quran) mengambil dan menggenggam erat tangan si lelaki itu lalu menghumbankannya ke dalam neraka.”

Adapun sebaliknya, jelmaan seorang lelaki akan datang menemui hamba yang penuh beranggungjawab memikul al-Quran dan menjaga perintahnya. Maka datanglah ia dengan jelmaan sebagai pembelanya (pelindung) kelak. Lalu al-Quran akan berbicara kepadanya: “Ya Rabbi, si lelaki ini telah memikul tanggungjawab terhadapku dengan sebaik-baik amanah, dia menjaga segala kandungan hukum-hakamku (perundangan al-Quran), beramal dengan semua kewajipanku, menjauhi seluruh perkara yang bercanggah denganku (maksiat), mentaati segala perintahku. Demikian itu, al-Quran akan terus menghujani dengan pelbagai ancaman dan tuduhan terhadap si lelaki tersebut sehinggalah dikatakan padanya: “Terpulanglah padamu untuk lakukan apa saja terhadapnya, lalu dia (al-Quran) mengambil dengan menggengam erat tangan si lelaki itu lalu dipakaikannya pakaian dari jenis sutera, dikalungkan mahkota kerajaan dan diberi minum jenis arak yang datangnya dari taman syurga.” (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah dan Ibn Zharif di dalam kitab Fadhail al-Quran dan Khatib al-Baghdadi).

Di dalam sebuah hadis Ibn Mas’ud r.a pernah meriwayatkan: “Al-Quran pemberi syafaat bagi orang yang layak diberi, ia juga dianugerahkan kepada mana-mana pengikut yang membenarkannya. Maka, barangsiapa yang meletakkan al-Quran itu sebagai ikutannya maka dia ke syurga. Sebaliknya sesiapa sahaja yang membelakanginya maka dia akan diheret masuk ke neraka.” Hadis ini dikuatkan lagi dengan pesanan dari Rasulullah. Baginda bersabda: “Bacalah al-Quran kerana ia akan mendatangi anda di hari Kiamat kelak sebagai pembawa syafaat kepada tuannya.” Manakala menurut hadis riwayat Muslim pula: “Akan datang dua surah iaitu al-Baqarah dan Ali-Imraan menjelma sebagai 2 kepulan awan atau 2 kelompok burung yang berbaris-baris untuk menaungi tuannya di hari Kiamat kelak.”

Di dalam sebuah hadis sahih yang lain: (Dikatakan kepada pemikul al-Quran: “bacalah al-Quran, tingkatkan darjatnya, serta bacalah dengan tartil kerana kedudukanmu adalah bergantung pada ayat yang terakhir kamu membacanya”). Oleh demikian itu, baca dan beramallah dengan al-Quran semasa hayat di dunia sehinggalah ke peringkat hujung nyawa. Marilah kita berdoa memohon supaya Allah mengurniakan Inayah dan keupayaan untuk menghafal, serta beramal dengan kandungan dan membacanya di segenap waktu malam dan hari.

Friday, February 6, 2009

Indahnya Hidup Bersama Allah


Betapa manisnya dapat merasai gula-gula, manisan, madu dan segala sesuatu yang dapat dikenalpasti dengan rasa manis, begitulah manisnya hidup dan beruntung orang yang mendapat kemanisan iman yang hidupnya segala-gala hanya hak untuk Allah. Segala jiwa raga, rohani, jasmaninya hanya menyerah diri seratus peratus segenap kehidupan tanpa adanya sikap 'Wahm' yang mencintai dunia dan takutkan mati.

Allah swt telah menjanjikan syurga kepada mana-mana hambanya yang bergelar mukmin dengan sebesar-besar ganjaran kelak, tak dapat dibayangkan dengan pandangan, tak dapat diterjemahkan dengan hati, kalau mendapat habuan sebuah istana didunia sudah tentu sedikit sebanyak memberi tempias pada iman. Anda pilih ganjaran Allah atau ganjaran dunia?

Jikalau anda mahukan ganjaran Allah sudah tentu anda akan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Maka anda perlu memiliki keredhaan Allah terlebih dahulu. Bila mendapat keredhaan Allah, sudah tentu dimana anda berada hatta planet Pluto sekalipun sudah tentu kehidupan aman sejahtera. Ingatlah hati yang sentiasa mendapat ketenangan dan ketenteraman sentiasa mengingati 'al-Khalik'.

Maksud firman Allah:

"adakah tidak dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."



Harta, Pangkat, anak, isteri dan segala-galanya boleh membawa fitnah sekiranya tidak diuruskan serta dirancang dengan baik. Segalanya ini Allah swt anugerahkan kepada kita hanya sekadar pinjaman dan amanah bertujuan untuk menguji hambanya sama ada tergolong dikalangan kacang lupakan kulit atau kacang sentiasa ingatkan kulit ataupun kita hanya sebagai kacang yang tidak mempunyai apa-apa kulit yang hanya mampu menjual maruah diri, agama, dan segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri.

Firman Allah:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu keinginan hawa nafsu pada para wanita, anak-pinak, harta benda yang banyak dari jenis emas, perak, Kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah sebaik-baik tempat kembali (syurga)."

(Surah ali-Imraan; ayat 13)


Apabila anda memilih segalanya kerana dunia semata-mata maka anda sememangnya layak menghuni neraka untuk selama-lamanya. Ini kerana rumah berpuaka itu sememangnya layak untuk keahliannya yang cukup ciri-ciri dan memenuhi kriterianya. Sebagai manusia secara fitrahnya kita diberi pilihan sama ada untuk memilih melakukan kejahatan atau keburukan. Allah telah mengilhamkan jalan kefasikan dan ketaqwaan kepada hamba-hambanya (surah as-Syams). Bukanlah bermakna kita perlu menolak perkara dunia semata-mata tetapi yang disuruh oleh agama adalah seimbang antara dunia dan akhirat.

Secara realitinya, hari ini seseorang itu terlalu mudah terdedah kepada kemaksiatan sebaliknya sukar melakukan kebajikan. Seseorang hamba itu perlu berusaha bagaimana untuk membentuk khalifatullah yang mampu berperanan mengajak ke arah ma'ruf dan mencegah perkara mungkar. Kuncinya anda perlu menjaga Allah, maka Allah akan menjaga anda. Barulah kehidupan anda mendapat kemanisan iman. Cubalah anda menyelak dan meneliti sirah-sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat, bagaimana iman mereka sentiasa berpaut hanya pada yang ahad (tuhan yang Esa). Alangkah indahnya hidup bersamamu Ya Allah..

Thursday, February 5, 2009

Adakah Kau Lupa....




adakah kau lupa kita pernah berjaya
adakah kau lupa kita pernah berkuasa

memayungi dua pertiga dunia
merentas benua melayar samudera

keimanan juga ketaqwaan
rahsia mereka capai kejayaan

bangunlah wahai anak bangsa
kita bina kekuatan
jiwa tempuh rintangan perjuangan

gemilang generasi yang silam
membawa arus perubahan

keikhlasan hati dan nurani
ketulusan jiwa mereka berjuang

sejarah telah mengajar kita
budaya Islam diserata dunia

membina tamadun berjaya
merubah mengangkat maruah

adakah kau lupa
adakah kau lupa
adakah kau lupa...