Teman Seakidah Anda

Tuesday, January 20, 2009

Seorang Pemuda Melihat Syurga Sebelum Solat Subuh

Pada pertengahan Ramadhan, berlaku satu peristiwa ketikamana waktu Subuh di salah sebuah masjid di daerah Sulaimaniyyah, Bandar Riyadh. Seorang jemaah tiba-tiba rebah ketikamana seorang bilal melaungkan iqamah. Keadaan masjid menjadi huru-hara seketika dan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ada dikalangan mereka berpendapat, “kita semua bawa dia ke hospital dan kita tinggalkan dulu solat.”

Kemudian ada lagi berpendapat, “kita solat dulu kemudian kita hantar dia ke hospital.” Kemudian seorang jemaah lain mencadangkan supaya 3 atau 4 orang membawa jemaah itu ke hospital dan yang lain bersolat. Orang yang mahu membawa dia ke hospital perlu menghantar ke unit kecemasan Hospital Tentera.

Ketika dalam perjalanan, pemuda ini tersedar dari pengsannya. Umurnya lebih kurang lingkungan 40 tahun. Setelah sedar dari pengsan apa yang dia lakukan?Dia terus melafazkan kalimah (Lailaha illa Allah Wal Hamdulillah Wallahu Akbar Wal hamdulillah Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahi), Setelah sampai ke hospital mereka mengejarkan pemuda itu ke unit kecemasan, ketika proses rawatan dijalankan mereka melihat satu benda yang mengagumkan kerana mereka melihat hatinya telah hancur remuk seandainya perkara begini berlaku pada seekor unta nescaya unta tersebut akan mati, tetapi bagaimanakah lelaki ini masih mampu tersenyum sambil berzikir menyebut Allah?Dia merasa ketenangan dengan berzikir?dia mengulangi kalimah syahadah (Lailaha illa Allah) sehingga datanglah beberapa orang Doktor pakar Jantung dan menemuinya serta melihat keadaannya, mereka merasa kagum kerana dia masih mampu tersenyum, kemudian Doktor mendekatinya dengan membuat peninjauan pada jantungnya.

Setelah itu mereka bergegas membuat persediaan di bilik pemulihan yang terletak di unit kecemasan dan membawa pesakit itu ke sana. Seorang rakannya berkata: “ketika aku masuk menemuinya aku dapati dia membisikkan sesuatu pada salah seorang rakannya, lalu aku menyangka dia memberitahu sesuatu perkara rahsia, aku terus menjauhkan diri darinya.

Kemudian selang hanya beberapa saat atau kurang dari seminit tiba-tiba pemuda tersebut bersyahadah (Lailahaillah…) lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir, Lalu rakannya menceritakan sesuatu apabila melihat kawan-kawannya yang lain menangis dan terus menangis. Aku bertanya kenapa? Setelah mereka sedar dari tangisan lebih kurang 3-5 minit dia bercerita kepadaku: Wahai Doktor, pemuda ini telah membisikkan sesuatu kepadaku, Doktor bertanya: Apa yang pemuda itu bisikkan? Dia berbisik kepadaku sambil tersenyum, katanya: Demi Allah, sekejap lagi aku akan mati, demi Allah aku melihat syurga di hadapanku, alhamdulillah aku sungguh bernasib baik, kemudian setelah kamu datang untuk menemuinya dia bersyahadah dan terus menghembuskan nafasnya terakhir.

Ditanyakan mengenai pemuda ini bagaimanakah keadaan ketika hayatnya?pemuda ini ketika hidupnya sering berlumba-lumba dengan bilal untuk ke masjid, di suatu masa dia pernah mendahului bilal tersebut dan kadang-kadang Bilal itu akan mendahuluinya dan hebatnya pemuda itu dia sentiasa memenanginya. Pemuda ini masih berumur 40 tahun beliau tidak akan keluar dari masjid sehingga memperingatkan diri tentang solat yang mencegah dari perkara keji dan mungkar, dan beliau pada hayatnya tidak pernah menjadi berdusta, menghasut, menipu, mencaci dan memutuskan hubungan silaturrahim.

No comments:

Post a Comment