Teman Seakidah Anda

Monday, January 4, 2010

BILA PEPERIKSAAN MENGHAMPIRI GERBANGNYA


Bismillahirrahmanirrahim..


Mahu tak mahu ujian tetap datang menghampiri baik dari belakang, depan mahupun dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi, kehidupan orang belajar tidak lari dari peperiksaan malah menjadi adat. Ini kerana ia sebati menjadi ukuran tahap penilaian seseorang terhadap pemahaman dan kematangan ilmu yang dimiliki. Tujuan kita di ciptakan Allah untuk di uji begitu juga kehidupan pelajar tidak putus di uji. Jadi, sudah tentu setiap pelajar memerlukan mujahadah yg tinggi menggunung.

Sistem imtihan ini dilihat begitu penting serta menjadi amalan turun menurun. Buktinya, mana2 institusi pengajian kebanyakkannya melaksanakan sistem ini kerana hasilnya yg subur dlm perkembangan tamadun ilmu. Mengikut kefahaman yang dipelajari dlm subjek Mabadi' Tarbiah (Pengenalan Pendidikan), tamadun Cina lebih terdahulu menggunakan sistem peperiksaan dan mereka cukup menekankan tahap penguasaan ilmu berdasarkan peperiksaan. Kesannya kita melihat ramai golongan ilmuwan yang lahir dari bangsa mereka.

Study Smart atau Study Hard?. Buat sahabat sekalian, bila tiba musim imtihan, kebijaksaan anda adalah diutamakan. Anda gunakan kebijaksaan anda merancang, menilai, mentafsir dan kemahiran berfikir dengan sebaiknya. Belajar itu untuk membina daya fikir ke arah melahirkan generasi intelektual.

Buat sahabat2 sekalian, secara khususnya sahabat di Mu'tah dan umumnya di mana-mana saja. Nasihatku utk bersama. Semoga selamat dalam menghadapi peperiksaan. Sepanjang imtihan, anda haruslah thabat, istiqamah dan sentiasa bermujahadah. Bahkan kesungguhan yg ada pd musim imtihan mestilah berterusan, bukan hnya pd musimnya saja. Bersungguh dlm segala perkara. Imtihan tetap imtihan. Jangan diabaikan tanggungjawab dengan alasan anda berimtihan. Jangan dek imtihan anda lupa akan org lain, taklifan, kefarduan dan isu yg berlaku di sekeliling. Ahli ilmu tidak sama dengan org tidak berilmu. Saya bagi contoh, masuk tandas juga perlukan ilmu kerana tanpa landasannya anda tidak tahu menggunakan tandas dengan betul. Jatuh bangun sebuah tamadun adalah bergantung pada ilmu.

Bila tiba musim imtihan, anda akan tergesa-gesa untuk ulangkaji, belajar, membaca dan sebagainya. Begitulah adatnya bila imtihan berkunjung. Kadang2 perasaan malas datang lalu membatasi kerajinan. Maka sikap malas akan bermaharajalela bertindak menguasai diri. Sebenarnya itulah langkah dan tipu daya syaitan yang tidak suka melihat manusia senang, dan untung. Dengan kata sarihnya anda perlu menolak jauh sikap tersebut. Kejayaan sesekali tidak akan hidup bersama orang yg malas.

"Tujuan yang besar memberikan hasil yang besar. Tidak ada tujuan tidak ada hasil apapun, atau menghasilkan tujuan orang lain."

"Ingatlah bahawasanya kita adalah makhluk ciptaan Allah, maka kita tertakluk kepada-Nya. Sebagai sekadar hamba, ikutilah aturan-Nya. Kita tidak punya kudrat untuk memastikan 100% kejayaan walaupun dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu. Jika Allah tidak mengkehendaki kita untuk berjaya pada peperiksaan kali ini, maka itulah takdir yang di sebaliknya pasti ada hikmah dan mungkin jua rahmat yang tersembunyi."

Salam Imtihan utk semua. Kejayaan pasti milik anda.


"Anda Mampu Mengubahnya"




No comments:

Post a Comment